1. Apakah itu portal DBKLBayar?
Portal yang memberikan perkhidmatan dalam talian bagi melaksanakan urusan pelanggan yang berkaitan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh diakses melalui portal ini?
Boleh menyemak, membayar dan melihat setiap transaksi perkhidmatan yang pelanggan miliki bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti akaun:
a. Cukai Taksiran
b. Sewaan Perumahan
c. Sewaan Parkir.
d. Sewaan Gerai Pasar
e. Sewaan Hartanah
f. Perbadanan Pengurusan
g. Pembayaran Invois (kontraktor) dan lain-lain lagi.
3. Bagaimana cara mengakses portal DBKLBayar ini?
Caranya dengan melayari https://dbayar.dbkl.gov.my
4. Apakah manfaat dari penggunaan portal DBKLBayar ini?
Pelanggan boleh membuat bayaran secara atas talian, melihat penyata bayaran yang dilaksanakan serta dapat melihat kesemua akaun yang dimiliki oleh pelanggan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
5. Bagaimanakah cara mendaftar akaun di portal DBKLBayar ini?
Melalui pengaktifan akaun sendiri melalui portal DBKLBayar dengan mengklik ‘AKTIFKAN AKAUN’
6. Apakah kaedah pembayaran yang diterima di portal DBKLBayar ini?
Menerima pembayaran dalam talian melalui kad kredit/debit dan DuitNow.