DBKLBayar

Bandar Raya Sejahtera Untuk Semua Menjelang Tahun 2030

HEBAHAN TIADA LAGI BIL BERCETAK

Mulai tahun 2024 tiada lagi bil bercetak akan dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kini anda boleh menyemak, membayar dan melihat setiap transaksi perkhidmatan yang pelanggan miliki bersama DBKL yang  boleh diakses dimana sahaja dengan menggunakan jaringan data internet sedia ada.

Terima kasih

Hantar pertanyaan atau semak FAQs

Panduan dan Bantuan

Soalan Lazim
Keamanan dan Privasi

1. Bagaimanakah portal DBKLBayar menjaga keselamatan maklumat peribadi saya?
Login masuk dan kata laluan yang anda wujudkan merupakan perlindungan maklumat peribadi ketika melayari portal DBKLBayar.

2. Apakah tindakan keselamatan yang diambil untuk melindungi data saya?
Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bertanggungjawab terhadap apa – apa implikasi diatas penggunaan apa jua maklumat yang terpapar di dalam Portal DBKLBayar kerana login masuk dan kata laluan yang diwujudkan oleh anda adalah kunci keselamatan yang telah diberikan oleh DBKL.

Portal DBKLBayar

1. Apakah itu portal DBKLBayar?
Portal yang memberikan perkhidmatan dalam talian bagi melaksanakan urusan pelanggan yang berkaitan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh diakses melalui portal ini?
Boleh menyemak, membayar dan melihat setiap transaksi perkhidmatan yang pelanggan miliki bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti akaun:

 

a. Cukai Taksiran
b. Sewaan Perumahan
c. Sewaan Parkir
d. Sewaan Gerai Pasar
e. Sewaan Hartanah
f. Perbadanan Pengurusan 
g. Pembayaran Invois (kontraktor) dan lain-lain lagi.

 

3. Bagaimana cara mengakses portal DBKLBayar ini?
Caranya dengan melayari https://dbayar.dbkl.gov.my

 

4. Apakah manfaat dari penggunaan portal DBKLBayar ini?
Pelanggan boleh membuat bayaran secara atas talian, melihat penyata bayaran yang dilaksanakan serta dapat melihat kesemua akaun yang dimiliki oleh pelanggan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Teknikal dan Masalah Teknikal

1. Saya mengalami masalah teknikal ketika menggunakan portal DBKLBayar, apa yang harus saya lakukan?
a. Pastikan anda mempunyai jaringan data internet, serta versi pada peranti yang telah dikemaskini.
b. Sekiranya masalah masih berlaku laporkan ke ADU@KL (https://adukl.dbkl.gov.my) untuk tindakan lanjut. 

2. Adakah ada persyarat atau jaringan internet tertentu untuk menggunakan portal DBKLBayar ini?
Tidak ada, portal DBKLBayar boleh diakses dimana sahaja menggunakan jaringan data internet sedia ada anda.

Mengakses dan Mendaftar Akaun DBKLBayar

1. Bagaimanakah cara mendaftar akaun di portal DBKLBayar ini?
Melalui pengaktifan akaun sendiri melalui portal DBKLBayar dengan mengklik ‘DAFTAR AKAUN’

2. Saya lupa kata laluan saya, bagaimanakah cara meresetnya?
Pada bahagian login akaun klik 'Lupa Kata Laluan'. Kata laluan baru akan dihantar ke email yang telah didaftarkan.
Anda boleh mencuba salah satu langkah ini.
a. Refresh browser yang digunakan dan clear cookies, login semula.
b. Atau klik pada 'Lupa Kata Laluan', dan semak email, gunakan kata laluan baru yang diterima.
c. Atau layari portal ADU@KL bagi sebarang pertanyaan atau masalah yang dialami oleh anda.

Cara Pembayaran dan Transaksi Akaun

1. Apakah kaedah pembayaran yang diterima di portal DBKLBayar ini?
Menerima pembayaran melalui kad kredit/debit, perbankan atas talian dan FPX.

 

2. Bagaimanakah cara untuk melihat transaksi pembayaran saya?
Log masuk ke portal DBKLBayar, pergi ke 'Akaun Saya', dan klik 'Transaksi'. 

 

3. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya saya mengalami masalah dengan pembayaran?
Layari portal ADU@KL bagi sebarang pertanyaan atau masalah yang dialami oleh anda berkaitan DBKLBayar

Cara Menghubungi Layanan Pelanggan

1. Bagaimanakah cara menghubungi layanan pelanggan jika saya memiliki pertanyaan atau masalah?
Sila layari portal ADU@KL bagi sebarang pertanyaan atau masalah yang dialami oleh anda berkaitan DBKLBayar. 

Kami di sini untuk membantu anda!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Pembayaran tanpa pendaftaran akaun

e-Bayar

Semakan Invois Tanpa Perlu Log Masuk Akaun

Semak Invois


No. No Invois Tarikh Invois No Bayaran Tarikh Bayaran Status Keterangan